"Aku tak apa-apa," tegasnya. Sudah masuk kali ketiga.
"Kalau betul, kau take over Salina tu. Boleh?"
"Weh, ini taktik apa?" berderai ketawa mereka berdua.
Ketua rumah berusaha mencungkil rasa seorang dia. Seperti yang dijanjikan pada Halimah. Dia yang tidak pernah mendedahkan dirinya.
"Aku tak mahu," dia menolak dengan nada yang begitu tegas.
"Sampai bila kau tak mahu ambil bahagian?" tanya ketua rumah.
"Aku tidak akan buka bab itu lagi. Ya, memang aku dengar segalanya semalam. Dan perasaanku berdarah semula. Mungkin cedera parah. Apa yang aku alami adalah lebih hebat. Aku masih mahu bertahan," kata dia.
"Aku tak minta kau buka bab itu. Aku cuma minta kau tenangkan Salina," ketua rumah mengajukan permintaan buat kali kedua.
"Kau ingat senang nak menasihatkan orang tanpa membuka bab itu? Kes serupa tapi tak sama," dia bersuara, tidak puas hati.
"Kau kan rapat dengan dia-"
"Pembetulan!" cepat dia memotong, "Bukan rapat, cuma pendengar setia aje. Kau pun tahu apa kesannya kalau tak ada yang nak mendengar. Aku cuma pesan pada dia supaya beritahu aku bila mahu jumpa Azam. Sekurang-kurangnya aku tahu walaupun tak suka."
"Kalau macam tu tak apalah," ketua rumah mengalah.
'Ya Tuhan, apa yang harus aku lakukan?' bisik ketua rumah jauh di dasar hati. Suasana rancak bertukar menjadi sepi sehingga dia bertanyakan hal lain yang berbangkit.
Dia seorang yang ceria, pandai mengambil hati orang tapi hal dirinya ditutup rapat. Tidak pernah mahu menyusahkan orang lain melainkan dia benar-benar terdesak. Ketua rumah terasa sebak kerana Halimah tahu kisah dia dari mulutnya. Dia memang cekal dan tabah.
03 April 2009
curahan RaSa at 4:46 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 pendapat:
Catat Ulasan