12 Mac 2009

Melihat Halimah sedang santai membaca bacalah diatas tilam, Salina mendekati dengan dua mug air. Halimah gemar membelek majalah sebelum melelapkan mata.

"Imah, air?" Salina menghulur mug di tangan kanannya.

"Hmm.. sedap juga..." jawab Halimah sambil membetulkan duduknya.

"Isu apa menarik?" soal Salina.

"Tak ada apa pun. Majalah macam ni, apalah sangat." jawab Halimah lagi seraya menghirup air di dalam cawan.

"Eh, engkau ni kan selalu je menghilangkan diri time orang bising-bising. Kenapa?" soal Salina lagi.

"Entah. Aku rasa, korang bising-bising pun tak selesai juga." Halimah tetap memberikan jawapan meskipun matanya pada aksara-aksara di dada majalah.

"Mmm.. betul. Aku nak tanya engkau ni pasal masalah aku."

"Dengan Azam tu? Dari kau fikirkan dia, baik kau buat benda lain yang lagi berfaedah."

"Contohnya?"

"Koreksi diri. Kita asyik fikirkan salah orang lain. Diri sendiri lupa nak perhatikan. Ada masanya, apa yang berlaku tu berpunca dari diri kita sendiri. Dalam berkasih, sebenarnya kita berkongsi kelebihan dan kekurangan. Aku cakap yang sebenarnyalah. Berkasih yang halal. Macam kita dalam rumah ni. Masing-masing ada lebih masing-masing. Macam Nani, suka memasak, kita asyik tumpang masakan dia aje. Ipah rajin lipat kain, semua orang lambak kain kat dia. Tapi tak ada yang merungut kan? Engkau agak senang antara kita kat sini, jadi semua pun pinjam duit kat engkau."

"Mudahnya cara kau berfikir."

"Kita nak hidup mudah-mudah aje. Susah-susah siapa mahu? Lain la orang kemaruk bercinta, lautan api sanggup kurenangi kononnya. Tapi kau nilai sendirilah apa yang kau alami."

Salina seolah memikirkan sesuatu. Halimah membetulkan duduknya mengadap Salina. Majalah sudah diletak ke tepi.

"Kitorang tak suka kau bercinta bukan sebab dengkikan kau ada boyfriend jambu. Tapi, kitorang tak mahu kau buat dosa. Cinta tu fitrah. Dan ada caranya nak meraikan fitrah tu. Setakat declare tanpa ikatan konkrit, sejauh mana hak engkau dijamin? Lebih parah lagi hak perasaan engkau... putus tunang pun ada peraturannya tau.."

"Ye ke, Imah?"

"Aku beritahu perkara sebenar. Banyak orang tidak menyedari hakikat ini. Kau tak rasa bersalah atau tak sedap ke mula-mula bercinta dulu?"

"Ada jugak la..." sahut Salina dengan mimik muka yang membuatkan Halimah menghamburkan tawa.

"Itulah fitrah yang merasakan ianya salah. Dan terang-terang salah kerana Azam bukannya lelaki yang halal untuk kau curahkan cinta."

"Ei, Imah.. mana boleh kahwin dengan mahram!"

"Loyar buruk betullah engkau nih... memang kahwin dengan ajnabi.. tapi dia hanya halal dengan satu cara saja.."

"Tau.. akad nikah."

"Tau pun!"

"Orait. Thanks a lot! Aku landing dululah, ngantuk." terus Salina berbaring di sisi Halimah.

"Wei! Wei! Ni tilam aku lah!" halau Halimah. Lalu Salina bangkit meninggalkan Halimah dengan tawa.

0 pendapat: