07 November 2008

Geramnya aku dengan Azam. Boleh dia letak telefon macam tu aje? Haaaaaaaaaaaaaaaah!” terdengar suara Salina meninggikan suara.

“Dia ada kerja kot.” Latifah cuba menenangkan.

“Helo! Ni hari minggu. Bukan aku nak jumpa pun, nak bertukar cerita aje.. Aku belum buka cerita fasal budak perempuan yang kacau aku tu. Hangin tul!” nada suara Salina semakin tinggi.

Halimah yang asyik membaca tersentak namun tidak bereaksi. Sekadar mengangkat muka kemudian menyambung bacaan. Tiga orang lagi ahli rumah mereka entah di mana. Mungkin sedang melelapkan mata selepas dipaksa jogging beramai-ramai selepas subuh tadi. Satu rumah mengetahui hubungan Salina dan Azam walaupun peraturan Casa Indah seakan tidak merestui.

“Kau marah si Azam tu kat rumah ni, mana dia nak tahu. Lagipun apa kau dapat marah dia? Kau juga yang penat. Lagipun dia bukannya halal untuk kau. Tambah dosa je.” Bertubi-tubi ayat terhambur dari mulut Nani yang tiba-tiba muncul.

Halimah sekadar mendengar perbualan mereka. Dia bangun lalu menapak ke dapur. Dicapainya teko dan menuang air panas. Ingin membancuh teh. Mahu minum bersama teman-teman sambil berbual. Siap semua, tangan kanan menatang dulang air manakala tangan kiri membawa tin biskut.

“Apa-apa pun, kita minum dulu,” celah Halimah di tengah keriuhan mereka melayan emosi Salina. Tiada sambutan. Tangan Halimah tetap lincah menghulurkan cawan berisi air pada setiap orang. Nani capai sendiri.

“Imah, kau buat air taruk gula tak ni? Dah lah pekat tehnya.” Nani bertanya.

“Eh itu gelas aku.. sengaja aku tak taruk gula yang aku punya tu..” Nani menukarkan cawannya.

“Dah selesai masalah, Lina?” tanya Halimah.

“Mana nak selesai... tapi lega sikit lah. Maaf lah ek. Bawa masalah yang tak dibenarkan di Casa Indah ni. Korang tak ada pakwe, tak adalah masalah macam aku. Dulu aku hairan camana korang hidup tanpa pakwe. Sekarang aku tertanya-tanya macam mana nak hidup tanpa pakwe.”

“Setiap orang ada kisah tersendiri. Aku ada cerita aku. Tipah ni pun ada cerita dia. Si Imah aku tak tau..”

“Kau ni Nani, jangan babitkan aku pulak..” marah Latifah bila rahsianya dibongkar.

“Pokok pangkalnya, boleh ke berpacaran? Weh dah tengah hari.. siapa punya giliran masak? Usus aku dah nak mengunyah ni.”celah Halimah.

“La.. habiskan lah dulu. Kau suka betul ye, cerita sekerat-sekerat?”pinta Nani.

“Fikir lah dulu jawapan soalan Imah bagi tu. Nanti lepas makan kita cerita. Kau ingat jawapan dia dua tiga patah perkataan? Tiga hari belum tentu habis, tahu!” balas Latifah.

“Jomlah masak sama-sama.” Sengaja Salina mengajak mereka memasak supaya Latifah dan Nani berhenti bertingkah sesama sendiri.

Menu mereka tengah hari itu ayam masak merah dan acar.

0 pendapat: