Gambar percutian ditatap berulang kali tanpa jemu. Bermalas-malas di hadapan komputer ribanya sememangnya rutin sebelum tidur. Lebih tepat di atas katil sambil meniarap.
"Kenapa kau suka tempat begini?" tanya teman serumahnya. Mereka tinggal berlima tetapi malam itu hanya mereka berdua sahaja menghuni Casa Indah.
"Kau tak suka?" soalnya semula.
"Engkau suka betul jawab soalan dengan soalan ye. Kalau tak suka, aku tak ikut pula hari tu. Tapi, tempatnya ya rabbi... nak sampai tu bukan main mencabar stamina.”
”Itu idea budak dua ekor tu la. Yang kawan kau bawak pulak, tengok cik pac pun dah jerit. Mujur cik pac tu pilih aku.”
“Aku tak ajak, dia yang beria nak ikut. Aku rasa lepas ni dia taubat tak mahu ikut dah. Mana nak jaga kuku dia, rambut dia, baju dia... Lagipun, balik-balik tu dia terus demam tahu! MC tiga hari.”
“Ooo anak manja.”
“Ni, hujung minggu depan aku nak balik kampung. Nak ikut? Boleh mandi sungai pulak.”
“Piknik makan buah sekali ke?”
“Lebih kurang la...”
“Set!”
“Ok lah. Tak mahu kacau kau jiwang sebelum tidur. Aku nak tengok TV jap.”
Tinggal dia bersendirian semula. Tenggelam dalam kenangan percutian yang mengasyikkan terutama bunyi-bunyi dalam alam dan makhluk hutan.
14 September 2008
curahan RaSa at 5:06 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 pendapat:
Catat Ulasan