01 September 2008

"Engkau masih ingat apa yang pernah kau lakukan pada aku?" tanyanya dengan suara tertahan.

Sudah lama mahu dilontarkan soalan itu. Peristiwa itu kerap kali bermain di layar mindanya. Tak pernah sekalipun diceritakan pada sesiapa. Tiada siapa yang dipercayainya. Hatinya kuat mengatakan tiada siapa yang akan percaya.

"Ingat." lambat-lambat orang itu mengakui dengan suara yang begitu perlahan.

Ah! Dia sengaja melakukannya! Bentak hatinya. Dia menyangka peristiwa itu sekadar mimpi ngeri. Dengan pengakuan itu, yakinlah dia peristiwa itu benar-benar berlaku. Diketap giginya kuat-kuat. Menahan segala amarah. Sedih, mahu menangis dan amat marah. Sesak dada jadinya. Ingin dijauhi orang itu sejauh-jauhnya.

Dalam diam, dia mengutuk dirinya sendiri. Akulah yang bodoh! Jerit jiwanya.


**********


Pap! Bahunya ditepuk. Segera dia tersedar dari memori lalu.

"Apa yang kau menungkan tu?"

"Tak ada apa-apa."

"Betul?"

"Apa aku dapat dengan menipu?"

Mereka berdua ketawa.

"Manalah aku tahu... engkau macam fikir jauh sangat. Kaki aje dalam air, kepala otak entah sampai mana."

"Hei! aku datang sini memang untuk berfikir.. fikirkan kejadian alam yang sangat best ni."

Mereka berdua terus berbual. Berbicara tentang alam. Langit yang tidak bertiang tiada tepi juga. Air yang tidak berhenti mengalir. Angin yang tidak dapat dilihat tetapi nyaman rasanya. Tidak sudah-sudah bibir mereka memuji kebesaran sang Pencipta.

0 pendapat: